Bahasa
WHB Logo

Rolex Datejust 36 Oyster, 36 mm, Oystersteel dan emas kuningM126233-0035

RM61,700

p
* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Rolex M126233-0035 - Rolex Boutique Penang

Jaminan Rolex

Untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan jam tangan, Rolex menghantar setiap jam tangan untuk menjalani satu siri ujian yang ketat selepas pemasangan. Semua jam tangan Rolex baharu yang dibeli daripada salah satu Peruncit Rasmi jenama kami menyertakan jaminan antarabangsa selama lima tahun. Apabila anda membeli Rolex, Peruncit Rasmi akan mengisi dan mencatat tarikh pada kad jaminan Rolex yang memperakui ketulenan jam tangan anda.

Meterai hijau

Jaminan lima tahun bagi setiap model Rolex disertai dengan meterai hijau ialah satu simbol status sebagai Kronometer Superlatif. Penentuan eksklusif ini membuktikan bahawa jam tangan itu telah berjaya menjalani satu siri kawalan akhir yang khusus oleh Rolex yang dilakukan di dalam makmal mereka serta berdasarkan kriteria mereka sendiri di samping pensijilan COSC rasmi untuk gerakan.

Kotak peragaan Rolex

Setiap jam tangan Rolex dipamerkan dalam kotak peragaan berwarna hijau yang menawan dan merupakan pelindung serta penjaga bagi permata yang tersimpan. Kotak peragaan turut menjadi satu simbol pemberian. Jika anda membeli sebagai hadiah, penting bagi kami bahawa pandangan pertama penerima terhadap Rolex itu mencerminkan rahsia yang tersembunyi di dalam kotak tersebut.

Rujukan

126233

Penutup model

Oyster, 36 mm, Oystersteel dan emas kuning

Bezel

Berjejalur

Ketahanan terhadap air

Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki

Pergerakan

Perpetual, mekanikal, automatik

Kaliber

3235, Buatan Rolex

Rizab Kuasa

Lebih kurang 70 jam

Gelang

Jubilee, penghubung lima keping

Muka Jam

Batu loh

Sijil

Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas pemasangan)

Bezel berjejalur

Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air. Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam emas pada Datejust 36 ini.
Rolex Bezel berjejalur - Rolex Boutique Penang

Permukaan Batu Loh

Kemasan sinaran cahaya matahari menghasilkan pantulan cahaya halus pada banyak dail dalam koleksi Oyster Perpetual. Kemasan ini digarap menerusi kemahiran teknik memberus yang menghasilkan alur yang memencar keluar dari tengah permukaan. Cahaya meresap secara konsisten di sepanjang setiap ukiran, mewujudkan sinaran halus yang unik yang terhasil bergantung pada kedudukan pergelangan tangan. Setelah kemasan sinaran cahaya matahari selesai, warna permukaan diterapkan menggunakan Pemendapan Wap Fizikal atau pengelektrosaduran. Lapisan varnis yang nipis memberikan penampilan akhir pada permukaan.
Rolex Permukaan Batu Loh - Rolex Boutique Penang

Rolesor Kuning

Emas menjadi idaman kerana kilauan dan keunggulannya. Keluli memperkukuh kekuatan dan kebolehpercayaan. Gabungan bahan ini teradun sebati dengan sifat terbaik masing-masing. Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah ditampilkan pada model-model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada tahun 1933. Ini merupakan tonggak koleksi Oyster Perpetual.
Rolex Rolesor Kuning - Rolex Boutique Penang
Mahkota Rolex - Butik Rolex Pulau Pinang

Ketersediaan model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Rolex Boutique Pulau Pinang berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.

Hubungi kami

Pemulangan Jam Tangan Pelanggan - Butik Rolex Pulau Pinang
Rolex Datejust Banner - Rolex Boutique Penang
Rolex Datejust

Jadikan tarikh sebagai hari

Teruskan Meneroka