Oyster Perpetual Explorer
Venturing To The Outer Limits
Direka bentuk untuk penjelajahan
Explorer, dilancarkan pada tahun 1953, dibezakan melalui reka bentuk ringkas serta dail hitam yang sangat mudah dibaca dengan penanda jam besar dan angka 3, 6 dan 9 yang tersendiri. Ia merupakan seutas jam tangan alatan yang dicipta untuk memberitahu masa dengan tepat dalam apa jua keadaan. Walaupun dalam kegelapan, dail jam mudah dibaca disebabkan paparan Chromalight jam ini. Kini, Explorer terdapat dalam saiz 36 mm - saiz model asal 1953 - serta dalam diameter 40 mm.
Explorer II diperkenalkan pada tahun 1971 dan sama seperti Explorer, mengabadikan hubungan istimewa yang Rolex nikmati bersama penjelajahan. Dengan adanya paparan 24 jam yang terdiri daripada jarum jam tambahan berwarna jingga dan bezel terukir, Explorer II membolehkan pemakai jam membezakan waktu siang dan malam dengan jelas – suatu pilihan praktikal di tempat-tempat yang sukar untuk membezakan siang dan malam, seperti di kutub pada masa tertentu dalam setahun, dan di dalam gua – atau untuk membaca waktu dalam zon waktu kedua.
Melawan ekstrem
Explorer 26 dan Explorer 40 dilengkapi dengan kaliber 3230 manakala Explorer II bercirikan kaliber 3285. Kedua-duanya ialah mekanisme mekanikal automatik yang dibangunkan dan dihasilkan sepenuhnya oleh Rolex. Model-model ini menawarkan rizab kuasa selama kira-kira 70 jam.
Pensijilan Kronometer Superlatif
Seperti semua jam tangan Rolex, Explorer dan Explorer II dilindungi oleh pensijilan Kronometer Superlatif. Perakuan ini mengesahkan bahawa setiap jam tangan yang meninggalkan tapak Rolex telah berjaya menjalani satu siri ujian yang dilakukan dalam makmal Rolex, berdasarkan kriteria Rolex sendiri. Status Kronometer Superlatif dilambangkan oleh meterai hijau yang disertakan dengan setiap jam tangan Rolex dan berserta jaminan antarabangsa selama lima tahun.
Visit us to discover first-hand the Explorer

