Logo WHB Butik Rolex - Butik Rolex Pulau Pinang
Sepanduk Essence of The Oyster - Butik Rolex Pulau Pinang
Sepanduk Essence of The Oyster - Butik Rolex Pulau Pinang

Oyster Perpetual

Essence of The Oyster

Jam tangan dalam rangkaian Oyster Perpetual ialah simbol gaya universal dan klasik, sambil menawarkan fungsi harian yang penting – jam, minit dan saat. Ia melambangkan bentuk dan fungsi abadi yang berakar umbi dari perintis asal Rolex.. Model ini mewakili jam tangan dalam bentuk paling murni.

Rolex Oyster Perpetual - Butik Rolex Pulau Pinang

Jam tangan Oyster Perpetual ialah keturunan langsung Oyster asal yang dilancarkan pada tahun 1926 iaitu jam tangan kalis air pertama di dunia yang seterusnya telah menjadi asas kepada pembinaan reputasi Rolex. Seutas Kronometer Superlatif yang diperakui, Oyster Perpetual menampilkan semua ciri utama koleksi Oyster Perpetual – ketepatan kronometrik yang cemerlang, penutup Oyster kalis air, dan sebuah mekanisme mekanikal automatik melalui rotor Perpetual. Tidak menonjol dan elegan, jam tangan ini terkenal dengan gaya universal dan klasik.

Rolex Oyster - Butik Rolex Pulau Pinang

Dinamik dan abadi

Oyster Perpetual menawarkan paparan masa yang jelas dan tepat – jam, minit dan saat. Oyster Perpetual terserlah dengan permukaan dalam pelbagai warna, halus atau ranggi: pelbagai wajah berbeza yang sentiasa menampilkan rupa kontemporari. Daripada lakuer kusam kuning air, ungu lembut atau pistasio, kepada mawar kandi, hijau, biru birus, lakuer biru sederhana atau hitam atau kemasan sinar matahari perak, masing-masing sepadan dengan sebarang gaya. Oyster Perpetual tersedia dalam lima ukuran – 28, 31, 34, 36 dan 41 mm – menyediakan pilihan diameter terbanyak untuk sebuah rangkaian Rolex.

Butiran Rolex Oyster Perpetual - Butik Rolex Pulau Pinang
Rolex Oyster Perpetual - Butik Rolex Pulau Pinang

Model-model ini dipasangkan dengan rantai Oyster sambungan tiga keping yang kukuh dan selesa. Rantai tersebut dilengkapi dengan Oysterclasp lipat dan pautan sambungan keselesaan Easylink yang dibangunkan oleh Rolex, yang membolehkan pemakai menyesuaikan panjang rantai sehingga kira-kira 5 mm.

Oyster Perpetual diperbuat secara eksklusif daripada Oystersteel. Direka khas untuk Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L – aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi. Oystersteel sangat tahan terhadap kakisan, menawarkan kemasan luar biasa setelah digilap dan mengekalkan kilauan dengan berlalunya masa.

Kebolehpercayaan dan ketepatan

Penutup Oyster Perpetual dijamin kalis air sehingga kedalaman 100 meter (330 kaki). Penutup tengah jam diperbuat daripada blok Oystersteel yang kukuh. Penutup belakang, dengan jejalur halus di tepi, diskrukan ke bawah secara kedap dengan menggunakan alat khas yang hanya membenarkan pembuat jam tangan Rolex yang diperakui untuk mengakses mekanisme jam. Komponen utama yang lain dalam struktur kalis air ini ialah putaran jam pusingan Twinlock yang dipasang dengan sistem kalis air berganda yang telah diskrukan ke bawah dengan ketat pada penutup.

Rolex Oyster Perpetual - Butik Rolex Pulau Pinang
Rolex Kaliber 3230 - Butik Rolex Pulau Pinang

Depending on its size, the Oyster Perpetual is equipped with either calibre 2232 (for models in 28, 31 and 34 mm) or calibre 3230 (for models in 36 and 41 mm), self-winding mechanical movements entirely developed and manufactured by Rolex. They offer outstanding performance in terms of precision, power reserve, resistance to shocks, convenience and reliability.

Pensijilan Kronometer Superlatif

Seperti semua jam tangan Rolex, Oyster Perpetual dilindungi oleh pensijilan Kronometer Superlatif. Perakuan ini mengesahkan bahawa setiap jam tangan yang meninggalkan tapak Rolex telah berjaya menjalani satu siri ujian yang dilakukan dalam makmal Rolex, berdasarkan kriteria Rolex sendiri. Status Kronometer Superlatif dilambangkan oleh meterai hijau yang disertakan dengan setiap jam tangan Rolex dan berserta jaminan antarabangsa selama lima tahun.

Rolex Oyster Perpetual - Butik Rolex Pulau Pinang

Visit us to discover first-hand the Oyster Perpetual

At Rolex Boutique Penang Rolex Boutique, we extend a warm invitation to explore the essence of timeless elegance with our curated selection from the Oyster Perpetual collection. Each Oyster Perpetual watch is a testament to precision and sophistication. Our knowledgeable team is ready to guide you through an experience that transcends time. Come meet with us at our Rolex Boutique on 96 Lebuh Campbell, George Town, and embark on a journey to discover the Oyster Perpetual, the purest expression of the Oyster concept.

Logo Rolex Di Dinding - Butik Rolex Pulau Pinang