Bahasa
WHB Logo

Rolex Land-Dweller 36 Oyster, 36 mm, emas EveroseM127235-0001

RM185,800

p
* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Rolex M127235-0001 - Rolex Boutique Penang

Jaminan Rolex

Untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan jam tangan, Rolex menghantar setiap jam tangan untuk menjalani satu siri ujian yang ketat selepas pemasangan. Semua jam tangan Rolex baharu yang dibeli daripada salah satu Peruncit Rasmi jenama kami menyertakan jaminan antarabangsa selama lima tahun. Apabila anda membeli Rolex, Peruncit Rasmi akan mengisi dan mencatat tarikh pada kad jaminan Rolex yang memperakui ketulenan jam tangan anda.

Meterai hijau

Jaminan lima tahun bagi setiap model Rolex disertai dengan meterai hijau ialah satu simbol status sebagai Kronometer Superlatif. Penentuan eksklusif ini membuktikan bahawa jam tangan itu telah berjaya menjalani satu siri kawalan akhir yang khusus oleh Rolex yang dilakukan di dalam makmal mereka serta berdasarkan kriteria mereka sendiri di samping pensijilan COSC rasmi untuk gerakan.

Kotak peragaan Rolex

Setiap jam tangan Rolex dipamerkan dalam kotak peragaan berwarna hijau yang menawan dan merupakan pelindung serta penjaga bagi permata yang tersimpan. Kotak peragaan turut menjadi satu simbol pemberian. Jika anda membeli sebagai hadiah, penting bagi kami bahawa pandangan pertama penerima terhadap Rolex itu mencerminkan rahsia yang tersembunyi di dalam kotak tersebut.

Rujukan

127235

Penutup model

Oyster, 36 mm, emas Everose

Bezel

Berjelajur

Ketahanan terhadap air

Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki

Pergerakan

Perpetual, mekanikal, automatik

Kaliber

7135, Pengilangan Rolex

Rizab Kuasa

Lebih kurang 66 jam

Gelang

Jubilee rata, pautan pepejal lima bahagian

Muka Jam

Putih terang, motif sarang lebah

Sijil

Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)

Dail Putih Terang

Dail ini dihiasi dengan motif sarang lebah dengan kemasan satin. Pembuatannya menggabungkan kemahiran pertukangan tradisional dan kaedah teknologi tinggi, yang semuanya dikuasai sepenuhnya di dalam fasiliti Rolex sendiri. Struktur sarang lebah ini dipotong menggunakan laser femtosaat, yang turut digunakan untuk mengukir garisan halus pada alur yang memisahkan setiap sel. Dail ini menampilkan paparan Chromalight; nombor terbuka dan penanda jam berindeks yang bercahaya memberikan kebolehbacaan optimum dalam apa jua keadaan. Jarum jam juga bercahaya dan direka khas untuk model ini.
Rolex Dail Putih Terang - Rolex Boutique Penang

Bezel berjejalur

Bezel berjelajur Rolex adalah satu tanda perbezaan. Pada mulanya, Oyster jelajur bezel mempunyai tujuan tertentu. Ia membantu bezel untuk mudah diskrukan pada penutup untuk memastikan jam tangan itu kalis air. Ianya kemudian dikenali sebagai jelajur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup untuk tujuan kalis air dengan menggunakan alat - alat spesifik Rolex. Dari masa ke masa, jelajur itu menjadi elemen estetika, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan bagi Rolex. Hari ini, bezel beralur merupakan tanda keistimewaan, diperbuat daripada emas pada Land-Dweller 36 ini.
Rolex Bezel berjejalur - Rolex Boutique Penang

Emas Everose 18 Karat

Untuk memelihari keanggunan jam tangan emas merah jambu, Rolex telah mencipta dan mempatenkan secara eksklusif aloi 18 karat emas merah jambu yang dikilangkan sendiri. Emas Everose. Diperkenalkan pada tahun 2005, 18 karat emas Everose digunakan di kesemua model Rolex Oyster jam tangan emas merah jambu Rolex.
Rolex Emas Everose 18 Karat - Rolex Boutique Penang
Mahkota Rolex - Butik Rolex Pulau Pinang

Ketersediaan model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Rolex Boutique Pulau Pinang berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.

Hubungi kami

Pemulangan Jam Tangan Pelanggan - Butik Rolex Pulau Pinang
Rolex Land-Dweller Banner - Rolex Boutique Penang
Rolex Land-Dweller

Membuka ufuk baharu

Teruskan Meneroka