Bahasa
WHB Logo

Rolex Land-Dweller 40 Oyster, 40 mm, platinumM127336-0001

RM275,400

p
* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Rolex M127336-0001 - Hung Cheong Jewellery & Watch

Jaminan Rolex

Untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan jam tangan, Rolex menghantar setiap jam tangan untuk menjalani satu siri ujian yang ketat selepas pemasangan. Semua jam tangan Rolex baharu yang dibeli daripada salah satu Peruncit Rasmi jenama kami menyertakan jaminan antarabangsa selama lima tahun. Apabila anda membeli Rolex, Peruncit Rasmi akan mengisi dan mencatat tarikh pada kad jaminan Rolex yang memperakui ketulenan jam tangan anda.

Meterai hijau

Jaminan lima tahun bagi setiap model Rolex disertai dengan meterai hijau ialah satu simbol status sebagai Kronometer Superlatif. Penentuan eksklusif ini membuktikan bahawa jam tangan itu telah berjaya menjalani satu siri kawalan akhir yang khusus oleh Rolex yang dilakukan di dalam makmal mereka serta berdasarkan kriteria mereka sendiri di samping pensijilan COSC rasmi untuk gerakan.

Kotak peragaan Rolex

Setiap jam tangan Rolex dipamerkan dalam kotak peragaan berwarna hijau yang menawan dan merupakan pelindung serta penjaga bagi permata yang tersimpan. Kotak peragaan turut menjadi satu simbol pemberian. Jika anda membeli sebagai hadiah, penting bagi kami bahawa pandangan pertama penerima terhadap Rolex itu mencerminkan rahsia yang tersembunyi di dalam kotak tersebut.

Rujukan

127336

Penutup model

Oyster, 40 mm, platinum

Bezel

Berjelajur

Ketahanan terhadap air

Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki

Pergerakan

Perpetual, mekanikal, automatik

Kaliber

7135, Pengilangan Rolex

Rizab Kuasa

Lebih kurang 66 jam

Gelang

Jubilee rata, pautan pepejal lima bahagian

Muka Jam

Biru ais, motif sarang lebah

Sijil

Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)

Dail Ais Biru

Paparan biru ais ini – warna yang dikhaskan untuk jam tangan yang diperbuat daripada platinum – dihiasi dengan motif sarang lebah dan kemasan sinaran matahari. Pembuatannya melibatkan gabungan kemahiran pertukangan tradisional dan teknologi tinggi, semuanya dikuasai sepenuhnya di dalam fasiliti sendiri. Struktur sarang lebah dipotong menggunakan laser femtosaat, yang juga digunakan untuk mengukir garisan halus pada alur yang memisahkan setiap sel. Paparan dail menampilkan paparan Chromalight, dengan nombor terbuka dan penanda jam berindeks yang bercahaya, memberikan kebolehbacaan optimum dalam apa jua keadaan. Jarum jam juga bercahaya dan direka khas untuk model ini.
Rolex Dail Ais Biru - Hung Cheong Jewellery & Watch

Bezel berjejalur

Bezel berjelajur Rolex adalah satu tanda perbezaan. Pada mulanya, Oyster jelajur bezel mempunyai tujuan tertentu. Ia membantu bezel untuk mudah diskrukan pada penutup untuk memastikan jam tangan itu kalis air. Ianya kemudian dikenali sebagai jelajur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup untuk tujuan kalis air dengan menggunakan alat - alat spesifik Rolex. Dari masa ke masa, jelajur itu menjadi elemen estetika, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan bagi Rolex. Hari ini, bezel beralur merupakan tanda keistimewaan, diperbuat daripada platinum pada Land-Dweller 40 ini.
Rolex Bezel berjejalur - Hung Cheong Jewellery & Watch

Platinum

Nadir dan berharga, platinum memukau dengan keputihan peraknya dan kilauan terang. Ia adalah antara logam paling padat dan paling berat di dunia, dibezakan oleh sifat kimia dan fizikal yang unik seperti ketahanan hakisan yang luar biasa. Secara paradoks, ia juga lembut, elastik dan mudah dibentuk, yang menjadikan proses pemesinan dan penggilapan sangat sukar, ia menuntut tahap kemahiran yang sangat tinggi. Rolex sentiasa menggunakkan platinum 950, satu aloi yang merangkumi 950% (perseribu) platinum, dibuat dengan teliti secara dalaman oleh tukang logam yang terbaik di Rolex. Logam yang paling asli untuk jam tangan yang terbaik.
Rolex Platinum - Hung Cheong Jewellery & Watch
Rolex Crown - Rolex Boutique Penang Jewellery & Watch

Ketersediaan model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Rolex Boutique Pulau Pinang berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.

Hubungi kami

Return Client Watch - Rolex Boutique Penang Jewellery & Watch
Rolex Land-Dweller Banner - Hung Cheong Jewellery & Watch
Rolex Land-Dweller

Membuka ufuk baharu

Teruskan Meneroka