Bahasa
WHB Logo

Rolex GMT-Master II Oyster, 40 mm, emas EveroseM126715CHNR-0002

RM218,000

p
* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Rolex M126715CHNR-0002 - Rolex Boutique Penang

Jaminan Rolex

Untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan jam tangan, Rolex menghantar setiap jam tangan untuk menjalani satu siri ujian yang ketat selepas pemasangan. Semua jam tangan Rolex baharu yang dibeli daripada salah satu Peruncit Rasmi jenama kami menyertakan jaminan antarabangsa selama lima tahun. Apabila anda membeli Rolex, Peruncit Rasmi akan mengisi dan mencatat tarikh pada kad jaminan Rolex yang memperakui ketulenan jam tangan anda.

Meterai hijau

Jaminan lima tahun bagi setiap model Rolex disertai dengan meterai hijau ialah satu simbol status sebagai Kronometer Superlatif. Penentuan eksklusif ini membuktikan bahawa jam tangan itu telah berjaya menjalani satu siri kawalan akhir yang khusus oleh Rolex yang dilakukan di dalam makmal mereka serta berdasarkan kriteria mereka sendiri di samping pensijilan COSC rasmi untuk gerakan.

Kotak peragaan Rolex

Setiap jam tangan Rolex dipamerkan dalam kotak peragaan berwarna hijau yang menawan dan merupakan pelindung serta penjaga bagi permata yang tersimpan. Kotak peragaan turut menjadi satu simbol pemberian. Jika anda membeli sebagai hadiah, penting bagi kami bahawa pandangan pertama penerima terhadap Rolex itu mencerminkan rahsia yang tersembunyi di dalam kotak tersebut.

Rujukan

126715CHNR

Penutup model

Oyster, 40 mm, emas Everose

Bezel

Bezel dwiarah boleh gilir senggatan 24 jam. Dua warna perang dan sisipan Cerachrom hitam dalam seramik, dibentu angka-angka dan senggatan

Ketahanan terhadap air

Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki

Pergerakan

Perpetual, mekanikal, automatik, fungsi GMT

Kaliber

3285, Buatan Rolex

Rizab Kuasa

Lebih kurang 70 jam

Gelang

Oyster, pautan tiga keping padat

Muka Jam

Besi harimau

Sijil

Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)

Besi harimau

GMT-Master II ini menampilkan dail daripada besi harimau. Batu metamorfik ini, yang digunakan oleh Rolex untuk pertama kalinya pada jam tangan ini, dikenali dengan struktur kompleksnya. Terdiri daripada tiga mineral – mata harimau, jasper merah, dan hematit perak – ia adalah batu yang memancarkan warna keemasan dan jingga, yang setelah melalui pemilihan teliti dan pemasangan yang cermat, berpadu harmoni dengan warna kes dan gelang.
Rolex Besi harimau - Rolex Boutique Penang

Bezel Berputar 24-Jam

Model ini menampilkan dail besi harimau dan sisipan bezel Cerachrom dua warna dalam seramik coklat dan hitam. Sebagai tambahan pada jarum jam, minit dan saat konvensionalnya, GMT-Master II mempunyai satu jarum 24 jam berbentuk segetiga susuh di mana ianya berputar pada dail setiap 24 jam dan satu bezel berputar dwiarah dengan senggat 24 jam. Jarum 24 jam yang mempunyai warna tersendiri memaparkan masa rujukan pada "Home" dalam zon waktu pertama yang boleh dibaca pada senggatan bezel. Waktu tempatan pengembara mudah ditetapkan dengan "melompat" dari jam ke jam kerana mekanisme cerdas yang dikendalikan melalui belitan putaran jam. Jarum jam boleh diselaraskan ke depan atau belakang secara bebas daripada jarum minit dan saat. Ini membolehkan pengembara menyesuaikan diri dengan zon masa baru mereka tanpa menjejaskan ketepatan waktu mereka.
Rolex Bezel Berputar 24-Jam - Rolex Boutique Penang

Emas Everose 18 Karat

Untuk memelihari keanggunan jam tangan emas merah jambu, Rolex telah mencipta dan mempatenkan secara eksklusif aloi 18 karat emas merah jambu yang dikilangkan sendiri. Emas Everose. Diperkenalkan pada tahun 2005, 18 karat emas Everose digunakan di kesemua model Rolex Oyster jam tangan emas merah jambu Rolex.
Rolex Emas Everose 18 Karat - Rolex Boutique Penang
Mahkota Rolex - Butik Rolex Pulau Pinang

Ketersediaan model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Rolex Boutique Pulau Pinang berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.

Hubungi kami

Pemulangan Jam Tangan Pelanggan - Butik Rolex Pulau Pinang
Rolex GMT-Master II Banner - Rolex Boutique Penang
Rolex GMT-Master II

Jejaki hubungan

Teruskan Meneroka