Bahasa
WHB Logo

Rolex Cosmograph Daytona Oyster, 40 mm, emas EveroseM126505-0001

RM222,500

p
* Semua harga ialah harga runcit cadangan Rolex termasuk V.A.T. Harga boleh diubah suai pada bila-bila masa tanpa notis.
Rolex M126505-0001 - Rolex Boutique Penang

Jaminan Rolex

Untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan jam tangan, Rolex menghantar setiap jam tangan untuk menjalani satu siri ujian yang ketat selepas pemasangan. Semua jam tangan Rolex baharu yang dibeli daripada salah satu Peruncit Rasmi jenama kami menyertakan jaminan antarabangsa selama lima tahun. Apabila anda membeli Rolex, Peruncit Rasmi akan mengisi dan mencatat tarikh pada kad jaminan Rolex yang memperakui ketulenan jam tangan anda.

Meterai hijau

Jaminan lima tahun bagi setiap model Rolex disertai dengan meterai hijau ialah satu simbol status sebagai Kronometer Superlatif. Penentuan eksklusif ini membuktikan bahawa jam tangan itu telah berjaya menjalani satu siri kawalan akhir yang khusus oleh Rolex yang dilakukan di dalam makmal mereka serta berdasarkan kriteria mereka sendiri di samping pensijilan COSC rasmi untuk gerakan.

Kotak peragaan Rolex

Setiap jam tangan Rolex dipamerkan dalam kotak peragaan berwarna hijau yang menawan dan merupakan pelindung serta penjaga bagi permata yang tersimpan. Kotak peragaan turut menjadi satu simbol pemberian. Jika anda membeli sebagai hadiah, penting bagi kami bahawa pandangan pertama penerima terhadap Rolex itu mencerminkan rahsia yang tersembunyi di dalam kotak tersebut.

Rujukan

126505

Penutup model

Oyster, 40 mm, emas Everose

Bezel

Tetap dengan torehan skala tachymetric dalam 18 Karat emas Everose.

Ketahanan terhadap air

Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki

Pergerakan

Perpetual, kronograf mekanikal, automatik

Kaliber

4131, buatan Rolex

Rizab Kuasa

Lebih kurang 72 jam

Gelang

Oyster, pautan tiga keping padat

Muka Jam

Bright black and Sundust

Sijil

Superlatif kronometer (COSC + Pensijilan Rolex selepas dibuka)

Skala Tachymetri

Dengan skala tachymetri, tiga pembilang dan penekannya, Cosmograph Daytona direka bentuk untuk menjadi alat pemasa muktamad bagi pemandu perlumbaan ketahanan. Bezel mempunyai skala tachymetri untuk membaca kepantasan purata bagi jarak tertentu berdasarkan masa berlalu. Skala ini menawarkan keterbacaan yang optimum, menjadikan Cosmograph Daytona sebagai instrumen yang ideal untuk mengukur kepantasan sehingga 400 unit sejam yang dinyatakan dalam kilometer atau batu.
Rolex Skala Tachymetri - Rolex Boutique Penang

Permukaan Sundust dan hitam terang

Model ini menampilkan dail hitam terang dan Sundust dengan kaunter bersalut, penanda jam dan jarum applique emas 18 ct dengan paparan Chromalight, bahan bercahaya yang sangat mudah dibaca. Dail ini membolehkan pemandu memetakan masa dan taktik trek mereka dengan tepat tanpa gagal.
Rolex Permukaan Sundust dan hitam terang - Rolex Boutique Penang

Emas Everose 18 Karat

Untuk memelihari keanggunan jam tangan emas merah jambu, Rolex telah mencipta dan mempatenkan secara eksklusif aloi 18 karat emas merah jambu yang dikilangkan sendiri. Emas Everose. Diperkenalkan pada tahun 2005, 18 karat emas Everose digunakan di kesemua model Rolex Oyster jam tangan emas merah jambu Rolex.
Rolex Emas Everose 18 Karat - Rolex Boutique Penang
Mahkota Rolex - Butik Rolex Pulau Pinang

Ketersediaan model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Rolex Boutique Pulau Pinang berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.

Hubungi kami

Pemulangan Jam Tangan Pelanggan - Butik Rolex Pulau Pinang
Rolex Cosmograph Daytona Banner - Rolex Boutique Penang
Rolex Cosmograph Daytona

Ketahanan yang unggul

Teruskan Meneroka