

Sejarah Rolex dan Butik Rolex Pulau Pinang
Warisan yang dihormati zaman
Kisah kami terungkap pada tahun 1950, kala itu Rolex Butik Pulau Pinang yang berpangkalan di Singapura bakal memperluaskan horizonnya di Pulau Pinang. Terpesona dengan industri import barangan mewah yang pesat di negeri ini, syarikat ini mengasaskan butik sulung lantas menjadikannya mercu tanda di Lebuh Campbell, yakni di nadi Tapak Warisan Dunia UNESCO yang menawan. Di sinilah perusahaan ini mula berakar umbi lalu teguh berdiri sebagai salah satu peruncit jam tangan Rolex terkemuka di seluruh Tanah Melayu, menjadikan Rolex Butik Pulau Pinang Peruncit Rasmi Rolex pertama dan satu-satunya di pulau ini.

Bab baru
Rolex Butik Pulau Pinang mengharungi ujian waktu dan terus berkembang menjadikan jenamanya yang sukses hari ini. Sejak penubuhannya, perusahaan ini telah melintasi penjajahan Jepun, menyaksikan kemerdekaan Tanah Melayu langsung diperbaharui untuk terus maju lebih awal dari masa sasarannya. Memasuki era milenia, butik kami beralih daripada berstatus monobrand menjadi butik Rolex sepenuhnya pada tahun 2008.

Masa lalu bertemu masa kini
Hari ini, Rolex Butik Pulau Pinang memadukan keharmonian masa lalu dan masa kini dengan sempurna. Mempersatukan tradisi serta kemodenan terkini, butik kami di Lebuh Campbell merangkumi spirit inovatif Rolex. Di bawah kepimpinan generasi keempat legasi keluarga, kecenderungan syarikat kami untuk lapangan peruncitan mewah terus mekar, bersama reputasi perkhidmatan pelanggan yang tiada tandingan. Malah sudah diperkukuhkan sejak berabad lalu.

Rolex dan Rolex Butik Pulau Pinang hari ini
Sebagai Peruncit Rasmi Rolex pertama dan satu-satunya di Pulau Pinang, Rolex Butik Pulau Pinang telah menetapkan standard terulung bagi perkhidmatan pelanggan berserta kecemerlangan penjagaan masa yang luar biasa. Ikatan perkongsian yang sudah lama ini telah memupuk penghayatan horologi yang mendalam di kalangan para pemuja dan pengumpul novis. Sebagai ahli rangkaian Peruncit Rasmi Rolex di seluruh dunia, Rolex Butik Pulau Pinang juga berbangga menjual dan menyelenggara jam tangan Rolex, langsung menjamin keketulenan setiap sisi komponen Rolex anda.
